Latihan kebakaran adalah aktiviti tahunan Sekolah Kebangsaan Pedu (Sk Pedu) dan PIBG dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Padang Terap.
Guru besarnya, Rahmah Binti Che Nas, latihan itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pencegahan kebakaran.
Menurutnya, ketika sesi latihan berlangsung, ahli jawatankuasa latihan akan memastikan semua murid telah berkumpul di padang sekolah.
Manakala guru kelas pula mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal di dalam kelas.
“Latihan ini perlu bagi murid dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.
Selain itu untuk memberi maklumat kaedah mengawal kebakaran dan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran.
Dalam latihan itu, anggota bomba menunjukkan teknik memadam kebakaran api dengan kaedah yang betul menggunakan alat pemadam api.
Guru dan murid juga diberi peluang mencuba memadam api menggunakan alat pemadam api serta berpeluang untuk mengenal lebih dekat jentera serta peralatan kebombaan bagi tugas tugas melawan kebakaran.
latihan tersebut dapat memenuhi sasaran jabatan bomba dalam memastikan setiap sekolah terhindar daripada bahaya kebakaran.