PENGENALAN





Bismillah-Hir Rahman Nir Rahim.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam satu Malaysia.Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNYa kita dapat menghasilkan Pelan Perancangan Strategik bagi tempuh tiga tahun iaitu 2019-2021. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Pelan Perancangan Strategik ini.

Pelan Perancangan Strategik sekolah ini dihasilkan berdasarkan NKRA. yang disarankan bagi mempertingkatkan mutu pendidikan di samping mengamalkan budaya SMART Sistematik dan Dinamik. Matlamat Strategik yang telah digariskan dalam perancangan ini akan memfokuskan kepada usaha memantapkan kemahiran dan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Seterusnya dapat mempertingkatkan prestasi pendidikan serta membangunkan modal insan cemerlang sejajar dengan kehendak falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengurusan sekolah yang sistematik dan terancang dapat menghasilkan sekolah berprestasi tinggi, sesuai dengan Sekolah Transformasi 2016-2025 (TS25) Kohort 1.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus- lumus membantu sehingga terhasilnya perancangan yang komprehensif ini iaitu pihak Institut Aminudin Baki, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah serta semua warga SK.Pedu. Harapan saya agar dengan adanya perancangan yang sistematik ini dapat memberi anjakkan saujana pada Sekolah Kebangsaan Pedu di mata masyarakat sekeliling dan amnya. Semoga dengan niat dan iktizam daripada warga Sk Pedu,Insha Allah kami akan menemukan kejayaan yang cemerlang.


Abdul Halim Bin Omar

Guru Besar SK Pedu.








Sejarah awal pembukaan Sekolah Kebangsaan Pedu telah bermula di rumah Tuan Syed Ali Bin Syed Hussin di Kampung Seladang Rebah, Mukim Pedu. Murid-murid ketika itu seramai 40 orang yang datang belajar membaca,menulis dan mengira. Guru-guru yang datang mengajar ketika itu ialah Tuan Syed Ali sendiri dan isterinya, Pn Che Tom Bt. Haji Ahmad dan Mohd Rejab Bin Mustaffa. Pembelajaran pertama ini bermula dalam tahun 1937. Apabila murid-murid semakin ramai yang datang belajar,maka situasi persekolahan pun terpaksa dipindahkan ke sebuah madrasah yang tidak jauh dari rumah Syed Ali.

Orang penting yang kuat berusaha untuk membangunkan sebuah sekolah rakyat ialah Tuan Haji Arshad bin Idris iaitu Penghulu Mukim Pedu pada masa itu. Tidak lama kemudian beliau pun bersara dan disambung oleh penghulu yang baharu iaitu Tuan Haji Mohd Saman Bin Haji Ahmad. Hasil usaha ini telah berjaya membangunkan sebuah sekolah rakyat pada tahun 1939. Bangunan yang dibina ini terdiri daripada kayu bulat,dinding buluh dan atap bertam. Terletaknya bangunan ini ialah di Kampung Padang Tarum iaitu berhampiran dengan bangunan A yang ada sekarang.

Dalam tahun-tahun 1940-1944 beberapa orang tenaga pengajar telah memberi sumbangan kepada sekolah ini. Khidmat mereka telah dibantu oleh masyarakat setempat dengan wang ringgit sekadar yang termampu. Tenaga pengajar ketika itu ialah:

Latif Bin Mohd Noor

Mohd Rejab Bin Mustaffa

Mohammad Bin Hj. Abd. Rahman

Salleh Bin Hj. Hassan

Kemudian pada tanggal 01.01.1945 sekolah ini telah diambilalih oleh pihak kerajaan. Situasi pembelajarannya dikekalkan di bangunan yang dibangunkan oleh rakyat tempatan itu.Sekolah ini ketika itu hanya menerima dua orang guru sahaja sebagai guru kerajaan. Mereka ialah Muhammad Bin Hj. Abd Rahman sebagai Guru Besar dan Salleh Bin Hj. Hassan sebagai Guru Penolong.

Bangunan sekolah blok A ini telah dibina dalam tahun 1953 iaitu sewaktu Guru Besar yang kedua berkhidmat di sekolah ini iaitu Cikgu Saad Bin Mohd Nor. Beliau bertukar ke sekolah ini dari Sekolah Kebangsaan Bukit Chores,Alor Setar. Proses pertukaran berlaku pada 01.01.1953. Bangunan sekolah Blok A dibangunkan dengan bantuan sepenuhnya daripada kerajaan dengan harga RM 24,000.00.

Pada tahun 1953 iaitu 01.01.1953 Cikgu Mohammad Bin Hj. Abd Rahman telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung sebagai Guru Penolong. Manakala bangunan Sekolah Rakyat yang dibangunkan pada tahun1939 telah tidak digunakan lagi kerana bocor dan roboh.

Pada 01.06.1955,Cikgu Saad Bin Mohd Noor telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Padang Terap,menjawat jawatan sebagai Guru Besar. Jawatan Guru Besar di sekolah ini menjadi kosong dan tidak ada penggantinya. Tugas ini dipangku oleh beberapa orang guru,antaranya ialah Hashim Bin Hj. Ahmad dan Abd Razak Bin Mustaffa.

Pada 01.01.1956,Cikgu Mohammad Bin Abd Rahman,Guru Penolong Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung datang melaporkan diri sebagai Guru Besar. Cikgu Mohammad Bin Abd Rahman ialah Guru Besar yang mula-mula sekolah ini diambil alih oleh kerajaan. Beliau ialah Gusu Besar yang ditugaskan buat kali kedua sehinggalah pada 01.06.1972. Beliau telah bertugas di sini selama 24 tahun 6 bulan. Pada waktu beliau bertugas di sini juga telah berlaku satu kebakaran di bangunan Blok A yang masih ada sehingga sekarang. Tragedi ini telah menjadi tanda tanya kepada masyarakat setempat kerana apa yang terjadi sukar mendapat jawapannya.



Seterusnya, pada 01.06.1972,Cikgu Abdullah Bin Ali telah datang melaporkan diri menjadi Guru Besar, manakala Cikgu Mohammad Bin Abd Rahman telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang sebagai Guru Penolong. Cikgu Abdullah Bin Ali telah menjadi Guru Besar di sekolah ini selama 12 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sini, 2 blok bangunan telah dibangunkan oleh kerajaan iaitu Blok B dan Blok C di kiri dan kanan Blok A. Kemudian, beliau telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Lubok Merbau atas perubahan gred sekolah berkuatkuasa pada 01.01.1985. Kekosongan ini telah diganti oleh En. Hussain Bin Abu.








HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...