Wednesday 8 November 2017

Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Kedah 2017

Tarikh : 6 November 2017
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan AlFarabi,  BTPN Kedah



PENERIMA ANUGERAH


Tuesday 7 November 2017

Pengurusan Jenazah Sekolah Kebangsaan Pedu


PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH 
ANJURAN:
SEKOLAH KEBANGSAAN PEDU

Guru terlibat

USTAZ MAT YUSNI BIN MAT SAMAN
USTAZ MOHD RAEH BIN HJ ABDULLAH

1. TAJUK
: KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

2. OBJEKTIF
1. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada Murid murid
2. Melaksanakan salah satu daripada program keagamaan
    seperti yang dirancangkan
3. Memantapkan tahap kefahaman Murid murid terhadap konsep
    pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah
4. Memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara
    langsung kepada Murid murid
5. Menarik minat Murid murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

3. RASIONAL

1. Murid murid perlu diberi pendedahan secara praktikal
    tentang tuntutan fardu kifayah.
2. Murid murid perlu diberi pengalaman belajar sebagai langkah awal
    untuk melaksanakan tuntutan ini dalam keluarga dan masyarakat.


4. SASARAN
Murid tahun 6

5. TARIKH PELAKSANAAN
09 hb oktober 2017

6. JANGKAMASA
8:00 - 10:20 Pagi

7. TEMPAT
Surau sekolah

Sunday 5 November 2017

Kempen Hour Of Code


Assalamualaikum/Salam sejahtera

Semua pelajar di setiap sekolah dipelawa untuk menyertai Kempen ini.

Semak Keputusan Peperiksaan Anak Anda Di Sini


IBU BAPA BOLEH MENDAPATKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK-ANAK DI LAMAN WEB SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

SILA KLIK DI SINI UNTUK MELAYARI LAMAN WEB TERSEBUT   

'DI SINI'





Wednesday 1 November 2017

[Dibuka Sekarang] Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid-murid tahun 6 yang sedang menanti keputusan UPSR 2017 untuk memohon secara online kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018.
Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari https://sst1.moe.gov.my 


Monday 30 October 2017

PERKHEMAHAN 2017



Perkhemahan sekolah kebangsaan pedu 2017.
banyak pengalaman murid - murid pada hari perkhemahan.
semoga pengalaman yang telah dilalui oleh murid - murid
akan di manfaatkan dalam kehidupan mereka.semoga murid - murid
berjaya di dunia dan akhirat.Semoga murid -murid menjadi orang yang Taat pada
Allah SWT, setia pada sunnah Nabi Muhammad SAW patuh pada Ibu Bapa.
Amin.....





















PENGISIAN PORTAL SKPMg2 FASA 3 , 2017

PEMBERITAHUAN:
PENGISIAN PORTAL SKPMg2  FASA 3 , 2017 .
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PENGISIAN SKPMg2 FASA 3, 2017 TELAH BERMULA SEJAK BULAN OGOS DAN AKAN BERAKHIR PADA 14 NOVEMBER 2017. SEMUA SEKOLAH DALAM NEGERI KEDAH  DIMOHON AGAR SEGERA MELAKSANAKAN PROSES PENGISIAN DENGAN MEMATUHI PROSEDUR PELAKSANAAN YANG TELAH DITETAPKAN.


: DIPETIK DARI PORTAL JPN KEDAH

PERAKUAN PENGESAHAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PPP YANG MEMANGKU GRED DG42(KUP) PADA 1 DISEMBER 2016 DAN 15 DISEMBER

PERAKUAN PENGESAHAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PPP YANG MEMANGKU GRED DG42(KUP) PADA 1 DISEMBER 2016 DAN 15 DISEMBER 

SILA DOWNLOAD  : DI SINI

Monday 23 October 2017

PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2017

SILA DOWNLOAD SURAT ARAHAN      -DI SINI



Wednesday 11 October 2017

DASAR ICT DALAM PENDIDIKAN MALAYSIA


Sunday 8 October 2017

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2017 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara.

Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan pada pautan tersebut https://moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-harian. Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah pada 2 Januari 2018 (Selasa). 
Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 8 Disember 2017 (Jumaat).
Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017
Unit Asrama
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WP Putrajaya

Thursday 5 October 2017

Guru-Guru Matematik Negeri Kedah Menjawab Soalan Selidik Atas Talian

Sunday 1 October 2017

PROSEDUR PELAN DATA GURU



PROSEDUR PELAN DATA GURU DI SETIAP SEKOLAH











PANDUAN AM GURU & STAF SOKONGAN



1.ASAS PENGURUSAN SEKOLAH


1.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pelajaran, sekolah dan Nilai-Nilai Teras Sekolah kebangsaan.


1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Vivi dan Misi Sekolah.

1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi Matlamat dan Objektif Sekolah.


1.4 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.


1.5 Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dansekolah melebihi kepentingan peribadi.


1.6 Semua guru adalah guru displin.


1.7 Semua guru adalah guru kaunseling.




2.KEDATANGAN


2.1 Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.


2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah, dipejabat.


2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin,


sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.


2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali keadaan kecemasan.


2.5 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.


3.KELUAR WAKTU BERTUGAS


3.1 Pada waktu persekolahan / kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika adasesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri /Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Gruru Besar / Guru Penolong Kanan.


3.2 Guru Dikehendaki mengisi dua salinan Borang Kebenaran Keluardan dapatkan tandatangan Ketua Bidang masing-masing ( untuk menyediakan guru ganti ) dan tandatangan Guru besar / Guru Penolong Kanan. Satu salinan disimpan dalam fail di pejabat manakala satui salinan lagi diserahkan kepada jaga bertugas dipondok jaga untuk direkodkan.


( Rujuk Lampiran A )


3.3 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah


3.4 Staf sokongan dikehendaki mendaptkan kebenaran keluar daripada Guru besar atau wakilnya dan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan sebagai tanda kebenaran

.3.5Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula.


4.MELAKUKAN KERJA LUAR


4.1 Penjawat awam ( termasuk guru ) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ’ D ’

seperti berikut :-


4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.


4.1.2 Dibenarkan dengan syarat :

4.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja / pejabat

4.1.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam

4.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.



5.CUTI


5.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal Mengikut surat pekeliling Kementerian Pelajaran KP ( PP )0046.SJ / A (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakkan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.


5.2 Cuti Rehat Khas ( CRK )


5.2.1 Cuti sambilan tidak lebih daripada tujuh ( 7 ) hari yang diberikepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8.Pekekliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan


Cuti Rehat Khas


sebanyak tujuh ( 7 ) hari dalam satu tahun kalendar ; dan


5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian bagi pegawai yang layak.


5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.


5.2.4 Kelulusan diberikan oleh Guru Beaar dengan syarat
tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajarandan pembelajaran di sekolah.


5.2.5 Bilangan hai CRK yang layak diambil adalh berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan( rujuk Perintah am 1 ( ix ) Bab C ) .5.3Cuti Sakit






5.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-berturut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.


5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.


5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke jabatan Pelajaran Negeridan Kementerian Pelajaran.


5.4 Cuti Keluar Negara


5.4.1 Semua Guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada dipejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.


5.5 Cuti Khas – Isteri bersalin


5.5.1 Diberikan selama tujuh hari ( 7 ) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima
( 5 ) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.


5.6 Cuti Tanpa Rekod


5.6.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemak tahunan pertubuhan / persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khasperubatan.


5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat


5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat. Selama tiga ( 3 ) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli


keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak –anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.


6.PAKAIAN


6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat timur.


6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan.


6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.


6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut / sepatu, guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu ( kasut sarung /bukan sandal ) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.


6.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan.


6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai :


6.6. 1Guru perempuan : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T, Kemeja sukan, Baju trek, Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.


6.6.2Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.Kemeja T, Kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.


7.TANDA NAMA


7.1Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.


8.BILIK GURU


8.1Guru hendaklah berada dil bilik guru semasa tidk mengajar dikelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ’non teaching period’dan bukannya ’free period’. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.


8.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu kententeraman orang lain.


8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.


8.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, ternasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.


8.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu, air-cond dipadamkan dansemua pintu di kunci.


9.MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN


9.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan,beliau bolehlah berurusan dengan ketua Pembantu Tadbir atau Guru Besar


9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan dengan ketua panitia, guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang atau Guru Penolong Kanan.


10. TUGAS GURU


10.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.


10.2 Sekiranya guru dikehendaki mengahadiri mesyuarat, di JabatanPelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakan tanpa pengetahuan Guru Besar

AMALAN PENDIDIKAN ALAF BARU DENGAN TELEFON PINTAR YES ALTITUDE


PANDUAN DAN TUJUAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR YES ALTITUDE DI SEKOLAH.
SILA KE BAHAGIAN MUAT TURUN UNTUK BAHAN-BAHAN

















1. Plan RM29 adakah semua guru boleh upgrade?
– semua guru yang ada pakej teacher plan, boleh upgrade
2. Jika dah upgrade, adakah ia akan dicaj setiap bulan?
– Ya, ia akan dicaj setiap bulan.
3. Jika dicaj setiap bulan, macam mana kaedah nak berhentikan langganan pakej RM29 dan nak jadikan kembali pakej percuma teacher plan?
– Ya boleh, hanya perlu tick pada stop auto renewal tiap2 bulan, secara automatik langganan bulan seterusnya akan terhenti, dan kembali kepada pakej percuma teacher plan
– Pakej langganan tak boleh terhenti pada pertengahan bulanan, perlu habiskan tempoh 1 bulan dan kemudian, next month barulah akan terhenti langganan
4. Kaedah pembayaran macam mana ya?
– Kaedah pembayaran boleh melalui apps ataupun portal
– Untuk kaedah pembayaran lain-lainnya, boleh call 018 333 0000
5. Boleh saya tahu, adakah guru2 sekolah ocpe,adsl dan vsat tak dapat menikmati device dan langganan pakej percuma 2gb?
– Hanya sekolah-sekolah yang ada device sahaja, dan boleh semak di apps yes 4g ataupun portal http://selfcare.yes.my
SOALAN LAZIM 
PELAN DATA GURU 1BESTARINET 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.  APAKAH PELAN DATA GURU 1BESTARINET?
Pelan Data Guru 1BestariNet ialah pelan 4G LTE yang akan memberikan kuota 2GB rangkaian internet bulanan LTE dan kuota 2GB data jalur lebar kepada semua guru di sekolah-sekolah penerima 1BestariNet 4G Zoom seluruh Malaysia (bagaimanapun perkhidmatan ini tidak terdapat di sekolah-sekolah OCPE, ADSL atau VSAT) bagi tujuan memudah dan mempertingkat pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Pelan data ini boleh digunakan pada telefon pintar Yes 4G LTE (untuk rangkaian data LTE) dan semua peranti aktif jalur lebar Yes (untuk rangkaian data jalur lebar)
2. BOLEHKAH SAYA KE KEDAI YES UNTUK MELANGGAN DATA GURU 1BESTARINET?
Pelan Data Guru 1BestariNet Guru hanya disediakan untuk guru-guru sekolah 1BestariNet 4G melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tidak terdapat di mana-mana kedai YES.
3. APAKAH PERBEZAAN PERKHIDMATAN INI BERBANDING DENGAN APA YANG GURU-GURU TERIMA DI SEKOLAH 1BESTARINET?
Menerusi Pelan Data Guru 1Bestarinet ini, setiap guru (sekolah 4G) akan diberikan pelan data dengan kuota 2GB data LTE dan kuota 2GB data jalur lebar sebulan. Pelan data ini akan menggantikan pelan data 1.5GB data jalur lebar percuma yang diberikan secara gunasama di sekolah di bawa Fasa 1.
4. BAGAIMANA PULA DENGAN GURU-GURU SEKOLAH BUKAN 4G CONTOH: VSAT DAN ADSL?
Guru-guru di sekolah VSAT dan ADSL yang tinggal di kawasan yang ada liputan 4G boleh membuat permohonan untuk dibekalkan dengan pelan data guru 1BestariNet. Permohonan ini boleh dihantar kepada JPN untuk disalurkan kepada BTP. Permohonan ini akan melalui Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan 1BestariNet dan Jawatankuasa Pemandu Perkhidmatan 1BestariNet untuk kelulusan.
5. BAGAIMANA PULA DENGAN GURU-GURU SEKOLAH OCPE?
Pengetua / Guru Besar sekolah OCPE boleh membuat permohonan untuk guru-gurunya dibekalkan dengan pelan data guru 1BestariNet. Permohonan ini boleh dihantar kepada JPN untuk disalurkan kepada BTP. Permohonan ini kemudian akan melalui Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan 1BestariNet dan Jawatankuasa Pemandu Perkhidmatan 1BestariNet untuk kelulusan.
6. BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT DISAMBUNGKAN KE RANGKAIAN JALUR LEBAR INI? 
Anda boleh disambungkan ke rangkaian jalur lebar ini melalui semua peranti YES (Dongle, Huddle, Zoom atau sebarang peranti aktif jalur lebar YES) dengan menggunakan ID 1BestariNet YES / kata laluan anda.
7. BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT DISAMBUNGKAN KE PADA PERKHIDMATAN RANGKAIAN LTE? 
Anda boleh disambungkan kepada rangkaian LTE melalui telefon YES Altitude, setelah anda mendapat telefon yang diagihkan sebagai satu perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
8. BUAT MASA INI, SAYA BOLEH MENGGUNAKAN INTERNET DENGAN MENGGUNAKAN DONGLE SEKOLAH. APAKAH PERBEZAANNYA?
Anda masih boleh terus menggunakan Dongle sekolah dengan cara log masuk menggunakan ID 1BestariNet dan kata laluan anda. Di bawah Pelan Data Guru 1BestariNet, setiap guru di sekolah 4G diberikan kuota data peribadi sebanyak 2GB untuk mengakses internet, dan akses tanpa had (tanpa menggunakan kuota 2GB / bulanan) ke Frog VLE.
9. ADAKAH SAYA AKAN DIKENAKAN BAYARAN UNTUK PENGGUNAAN 2GB DATA INI? 
Tidak, pelan data dengan kuota 2GB sebulan LTE dan kuota 2GB sebulan jalur lebar disediakan secara percuma oleh KPM sebagai sebahagian daripada perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2.
10. ADAKAH TERDAPAT APA-APA POTONGAN DARIPADA PERUNTUKAN DATA SAYA JIKA SAYA MENGAKSES VLE SAHAJA? 
Tidak. Akses kepada VLE adalah percuma tanpa had. Bagaimanapun akses kepada laman-laman web luar yang dipautkan ke dalam VLE (contohnya YouTube) akan menggunakan kuota pelan data 2GB.
11. APAKAH CARA UNTUK MENYEMAK PELAN DATA GURU 1BESTARINET SAYA?
Anda boleh menyemak baki pelan data anda dengan cara log masuk ke My Account (http://selfcare.yes.my/myselfcare) menggunakan ID 1BestariNet YES anda. Baki yang dipaparkan menunjukkan baki pelan data yang masih boleh digunakan.
11. BOLEHKAN SAYA MEMBAWA KUOTA DATA YANG TIDAK DIGUNAKAN KE BULAN SETERUSNYA?
Tidak, Kuota data yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya.
12. SAYA TIDAK BOLEH LOG MASUK KE AKAUN KERANA TERLUPA KATA LALUAN, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN? 
Hubungi pentadbir VLE sekolah anda untuk mendapatkan atau menetapkan semula kata laluan anda.
13. APAKAH CARA UNTUK MEMBOLEHKAN SAYA MENUKAR KATA LALUAN SAYA? 
Anda boleh menukar kata laluan dengan cara log masuk ke My Account: http://selfcare.yes.my/myselfcare dan kemudian klik pada “Personal Details”.Pada tab “Profile Information” di panel sebelah tepi akan dipaparkan “Change Password”.

PENGURUSAN PELAN DATA
1. BOLEHKAN SAYA MENGAKSES VLE JIKA KEHABISAN PERUNTUKAN DATA?
Ya. Akses ke VLE adalah tidak terhad di bawah Pelan Data Guru 1BestariNet.
2. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPATKAN ID 1BESTARINET YES?
Jika anda guru di sekolah yang mendapat perkhidmatan 4G 1BestariNet, anda telah pun dibekalkan dengan ID 1BestariNet. Sila dapatkan ID tersebut dari guru penyelaras Frog VLE sekolah.
3. SAYA MERUPAKAN SEORANG GURU BAHARU DAN DITUGASKAN UNTUK MENGAJAR MENGGUNAKAN FROG VLE. BAGAIMANAKAH UNTUK MENDAPATKAN ID 1BESTARINET YES ATAU AKSES KE FROG VLE?
Permohonan untuk mendapat ID 1BestariNet bagi mengakses VLE perlu melalui Pentadbir sekolah beserta maklumat guru.
4. SAYA MERUPAKAN SEORANG GURU DI SEKOLAH 1BESTARINET 4G DAN SAYA SEPATUTNYA DIBERIKAN PELAN DATA GURU 2GB SEBULAN. MENGAPAKAH SAYA MASIH TIDAK MEMPUNYAI AKSES?
Rujuk pihak JPN dengan menyertakan maklumat lengkap guru baharu. Maklumat yang disahkan oleh JPN akan dihantar kepada BTP untuk tindakan selanjutnya dengan YTLC untuk mewujudkan pelan data guru bagi guru baharu.

APAKAH TELEFON YES ALTITUDE?
Telefon YES Altitude ialah telefon pintar 4G LTE yang disediakan oleh YTL Communications untuk:
1. Meningkatkan Komunikasi
a. Dengan Pelan Data Guru, anda akan mendapat panggilan tanpa had serta SMS  PERCUMA ke semua nombor YES. Ini bermakna anda boleh menghubungi rakan guru anda yang mempunyai Telefon YES Altitude secara percuma.
b. Anda juga akan dibekalkan 2GB data LTE setiap bulan yang boleh digunakan dengan Telefon YES Altitude anda.
2. Tingkatkan Pengajaran dan Pembelajaran dengan menggunakan Frog VLE
a. Selain daripada menggunakan Frog VLE melalui laman sesawang yang ditetapkan, guru kini boleh menggunakan Frog VLE melalui Aplikasi Frog Mobile.
3. Membolehkan anda menikmati data LTE berkelajuan tinggi melalui komputer riba atau peranti lain.
a. Telefon YES Altitude membolehkan guru-guru menikmati internet LTE berkelajuan tinggi melalui komputer atau peranti lain hanya dengan menyambungkan peranti mereka
kepada data dari telefon Altitude.
1. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT TELEFON YES ALTITUDE SAYA?
Semua guru di sekolah-sekolah 1BestariNet 4G akan menerima telefon YES Altitude. Telefon akan diedarkan secara berperingkat mengikut negeri setelah pengesahan senarai guru oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Pengedaran peranti ini akan berlangsung dari November 2016 sehingga Disember 2017.
2. BOLEHKAN SAYA MEMBUAT PANGGILAN DAN SMS KE OPERATOR LAIN DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON YES ALTITUDE?
Tidak. Pelan Data Guru yang dibekalkan oleh KPM hanya membolehkan panggilan dan SMS kepada pengguna dalam rangkaian 1BestariNet sahaja. Panggilan telefon dan SMS ke operator lain memerlukan pembelian pelan talian komersial.

TETAPAN TELEFON YES ALTITUDE
1. SAYA BARU MENDAPAT TELEFON YES ALTITUDE. BAGAIMANAKAH UNTUK MENETAPKANNYA?
Untuk menetapkan telefon anda, sila tonton video di sini https://d.pr/300B
2. JIKA SAYA MEMERLUKAN BANTUAN BERKENAAN TELEFON YES ALTITUDE, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN? 
Rujuk halaman Soalan Lazim (https://www.yes.my/altitude#faq) di mana soalan-soalan lazim mengenai peranti telefon YES Altitude beserta jawapan boleh dirujuk sebagai bantuan. Jika anda masih lagi memerlukan bantuan mengenai peranti telefon YES Altitude, hantarkan emel anda ke yescare@yes.my atau hubungi Meja Bantuan YesCare di 018-333 0000 (caj panggilan tempatan dikenakan).
Waktu operasi Meja Bantuan YesCare adalah dari jam 8 pagi sehingga -11 malam setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti umum).
2. KEPADA SIAPAKAH PERLU SAYA LAPORKAN JIKA PERANTI ALTITUDE SAYA HILANG/ ROSAK?
Dalam kes di mana peranti anda rosak atau hilang, sila maklumkan Guru Besar/Pengetua sekolah anda supaya beliau boleh melaporkan kes itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) untuk tindakan selanjutnya. Peranti Altitude bukan kepunyaan KPM dan tidak perlu didaftarkan sebagai aset kerajaan. Segala kehilangan atas sebab kecuaian perlu diganti berdasarkan harga pasaran peranti tersebut.

APLIKASI FROG MOBILE 
APAKAH APLIKASI FROG MOBILE?
Aplikasi Frog Mobile adalah aplikasi mudah alih Frog VLE yang memungkinkan
pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lebih lancar untuk semua pengguna Frog VLE. Terdapat 3 Aplikasi Frog Mobile- Frog Assignments, Frog Chat dan Frog Snap.
● Frog Assignment membolehkan guru menghasilkan, memaparkan, melengkapkan dan menyemak tugasan pada bila-bila masa dan dimana sahaja
● Frog Snap membolehkan anda mengambil gambar dan video dan memuat naik terus ke Frog VLE
● Frog Chat berfungsi sebagai sebuah platform untuk guru-guru di seluruh negara berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain melalui perkongsian idea, imej, bahan dan pengalaman!
1. BAGAIMANAKAH UNTUK BERMULA?
Pada peranti YES Altitude (atau peranti YES), layari aplikasi “Google Playstore” dan cari Frog Assignments, Frog Snap dan Frog Chat. Setelah berjaya memuat turun aplikasi-aplikasi tersebut, log masuk menggunakan ID 1Bestarinet YES dan kata laluan anda. Klik pada butang Help pada aplikasi tersebut sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan.
2. JIKA SAYA TIDAK BOLEH MEMUAT TURUN APLIKASI FROG ATAU MENGHADAPI SEBARANG ISU, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
Hubungi Meja Bantuan yang sentiasa bersedia untuk membantu anda mengatasi masalah-masalah berkaitan Frog VLE dan sebarang pertanyaan umum. Hubungi kami di: 018-7998787 atau Emel kami di:  moesupport@ytlcomms.my (7 pagi – 10 malam, setiap hari Ahad hingga Jumaat termasuk Cuti Umum, kecuali Sabtu).
3. BAGAIMANAKAH UNTUK MENGGUNAKAN APLIKASI FROG MOBILE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
Ketahui dengan lebih lanjut di sini https://d.pr/300B

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...