Sunday 1 October 2017

AMALAN PENDIDIKAN ALAF BARU DENGAN TELEFON PINTAR YES ALTITUDE


PANDUAN DAN TUJUAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR YES ALTITUDE DI SEKOLAH.
SILA KE BAHAGIAN MUAT TURUN UNTUK BAHAN-BAHAN

















1. Plan RM29 adakah semua guru boleh upgrade?
– semua guru yang ada pakej teacher plan, boleh upgrade
2. Jika dah upgrade, adakah ia akan dicaj setiap bulan?
– Ya, ia akan dicaj setiap bulan.
3. Jika dicaj setiap bulan, macam mana kaedah nak berhentikan langganan pakej RM29 dan nak jadikan kembali pakej percuma teacher plan?
– Ya boleh, hanya perlu tick pada stop auto renewal tiap2 bulan, secara automatik langganan bulan seterusnya akan terhenti, dan kembali kepada pakej percuma teacher plan
– Pakej langganan tak boleh terhenti pada pertengahan bulanan, perlu habiskan tempoh 1 bulan dan kemudian, next month barulah akan terhenti langganan
4. Kaedah pembayaran macam mana ya?
– Kaedah pembayaran boleh melalui apps ataupun portal
– Untuk kaedah pembayaran lain-lainnya, boleh call 018 333 0000
5. Boleh saya tahu, adakah guru2 sekolah ocpe,adsl dan vsat tak dapat menikmati device dan langganan pakej percuma 2gb?
– Hanya sekolah-sekolah yang ada device sahaja, dan boleh semak di apps yes 4g ataupun portal http://selfcare.yes.my
SOALAN LAZIM 
PELAN DATA GURU 1BESTARINET 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.  APAKAH PELAN DATA GURU 1BESTARINET?
Pelan Data Guru 1BestariNet ialah pelan 4G LTE yang akan memberikan kuota 2GB rangkaian internet bulanan LTE dan kuota 2GB data jalur lebar kepada semua guru di sekolah-sekolah penerima 1BestariNet 4G Zoom seluruh Malaysia (bagaimanapun perkhidmatan ini tidak terdapat di sekolah-sekolah OCPE, ADSL atau VSAT) bagi tujuan memudah dan mempertingkat pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Pelan data ini boleh digunakan pada telefon pintar Yes 4G LTE (untuk rangkaian data LTE) dan semua peranti aktif jalur lebar Yes (untuk rangkaian data jalur lebar)
2. BOLEHKAH SAYA KE KEDAI YES UNTUK MELANGGAN DATA GURU 1BESTARINET?
Pelan Data Guru 1BestariNet Guru hanya disediakan untuk guru-guru sekolah 1BestariNet 4G melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tidak terdapat di mana-mana kedai YES.
3. APAKAH PERBEZAAN PERKHIDMATAN INI BERBANDING DENGAN APA YANG GURU-GURU TERIMA DI SEKOLAH 1BESTARINET?
Menerusi Pelan Data Guru 1Bestarinet ini, setiap guru (sekolah 4G) akan diberikan pelan data dengan kuota 2GB data LTE dan kuota 2GB data jalur lebar sebulan. Pelan data ini akan menggantikan pelan data 1.5GB data jalur lebar percuma yang diberikan secara gunasama di sekolah di bawa Fasa 1.
4. BAGAIMANA PULA DENGAN GURU-GURU SEKOLAH BUKAN 4G CONTOH: VSAT DAN ADSL?
Guru-guru di sekolah VSAT dan ADSL yang tinggal di kawasan yang ada liputan 4G boleh membuat permohonan untuk dibekalkan dengan pelan data guru 1BestariNet. Permohonan ini boleh dihantar kepada JPN untuk disalurkan kepada BTP. Permohonan ini akan melalui Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan 1BestariNet dan Jawatankuasa Pemandu Perkhidmatan 1BestariNet untuk kelulusan.
5. BAGAIMANA PULA DENGAN GURU-GURU SEKOLAH OCPE?
Pengetua / Guru Besar sekolah OCPE boleh membuat permohonan untuk guru-gurunya dibekalkan dengan pelan data guru 1BestariNet. Permohonan ini boleh dihantar kepada JPN untuk disalurkan kepada BTP. Permohonan ini kemudian akan melalui Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan 1BestariNet dan Jawatankuasa Pemandu Perkhidmatan 1BestariNet untuk kelulusan.
6. BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT DISAMBUNGKAN KE RANGKAIAN JALUR LEBAR INI? 
Anda boleh disambungkan ke rangkaian jalur lebar ini melalui semua peranti YES (Dongle, Huddle, Zoom atau sebarang peranti aktif jalur lebar YES) dengan menggunakan ID 1BestariNet YES / kata laluan anda.
7. BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT DISAMBUNGKAN KE PADA PERKHIDMATAN RANGKAIAN LTE? 
Anda boleh disambungkan kepada rangkaian LTE melalui telefon YES Altitude, setelah anda mendapat telefon yang diagihkan sebagai satu perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
8. BUAT MASA INI, SAYA BOLEH MENGGUNAKAN INTERNET DENGAN MENGGUNAKAN DONGLE SEKOLAH. APAKAH PERBEZAANNYA?
Anda masih boleh terus menggunakan Dongle sekolah dengan cara log masuk menggunakan ID 1BestariNet dan kata laluan anda. Di bawah Pelan Data Guru 1BestariNet, setiap guru di sekolah 4G diberikan kuota data peribadi sebanyak 2GB untuk mengakses internet, dan akses tanpa had (tanpa menggunakan kuota 2GB / bulanan) ke Frog VLE.
9. ADAKAH SAYA AKAN DIKENAKAN BAYARAN UNTUK PENGGUNAAN 2GB DATA INI? 
Tidak, pelan data dengan kuota 2GB sebulan LTE dan kuota 2GB sebulan jalur lebar disediakan secara percuma oleh KPM sebagai sebahagian daripada perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2.
10. ADAKAH TERDAPAT APA-APA POTONGAN DARIPADA PERUNTUKAN DATA SAYA JIKA SAYA MENGAKSES VLE SAHAJA? 
Tidak. Akses kepada VLE adalah percuma tanpa had. Bagaimanapun akses kepada laman-laman web luar yang dipautkan ke dalam VLE (contohnya YouTube) akan menggunakan kuota pelan data 2GB.
11. APAKAH CARA UNTUK MENYEMAK PELAN DATA GURU 1BESTARINET SAYA?
Anda boleh menyemak baki pelan data anda dengan cara log masuk ke My Account (http://selfcare.yes.my/myselfcare) menggunakan ID 1BestariNet YES anda. Baki yang dipaparkan menunjukkan baki pelan data yang masih boleh digunakan.
11. BOLEHKAN SAYA MEMBAWA KUOTA DATA YANG TIDAK DIGUNAKAN KE BULAN SETERUSNYA?
Tidak, Kuota data yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya.
12. SAYA TIDAK BOLEH LOG MASUK KE AKAUN KERANA TERLUPA KATA LALUAN, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN? 
Hubungi pentadbir VLE sekolah anda untuk mendapatkan atau menetapkan semula kata laluan anda.
13. APAKAH CARA UNTUK MEMBOLEHKAN SAYA MENUKAR KATA LALUAN SAYA? 
Anda boleh menukar kata laluan dengan cara log masuk ke My Account: http://selfcare.yes.my/myselfcare dan kemudian klik pada “Personal Details”.Pada tab “Profile Information” di panel sebelah tepi akan dipaparkan “Change Password”.

PENGURUSAN PELAN DATA
1. BOLEHKAN SAYA MENGAKSES VLE JIKA KEHABISAN PERUNTUKAN DATA?
Ya. Akses ke VLE adalah tidak terhad di bawah Pelan Data Guru 1BestariNet.
2. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPATKAN ID 1BESTARINET YES?
Jika anda guru di sekolah yang mendapat perkhidmatan 4G 1BestariNet, anda telah pun dibekalkan dengan ID 1BestariNet. Sila dapatkan ID tersebut dari guru penyelaras Frog VLE sekolah.
3. SAYA MERUPAKAN SEORANG GURU BAHARU DAN DITUGASKAN UNTUK MENGAJAR MENGGUNAKAN FROG VLE. BAGAIMANAKAH UNTUK MENDAPATKAN ID 1BESTARINET YES ATAU AKSES KE FROG VLE?
Permohonan untuk mendapat ID 1BestariNet bagi mengakses VLE perlu melalui Pentadbir sekolah beserta maklumat guru.
4. SAYA MERUPAKAN SEORANG GURU DI SEKOLAH 1BESTARINET 4G DAN SAYA SEPATUTNYA DIBERIKAN PELAN DATA GURU 2GB SEBULAN. MENGAPAKAH SAYA MASIH TIDAK MEMPUNYAI AKSES?
Rujuk pihak JPN dengan menyertakan maklumat lengkap guru baharu. Maklumat yang disahkan oleh JPN akan dihantar kepada BTP untuk tindakan selanjutnya dengan YTLC untuk mewujudkan pelan data guru bagi guru baharu.

APAKAH TELEFON YES ALTITUDE?
Telefon YES Altitude ialah telefon pintar 4G LTE yang disediakan oleh YTL Communications untuk:
1. Meningkatkan Komunikasi
a. Dengan Pelan Data Guru, anda akan mendapat panggilan tanpa had serta SMS  PERCUMA ke semua nombor YES. Ini bermakna anda boleh menghubungi rakan guru anda yang mempunyai Telefon YES Altitude secara percuma.
b. Anda juga akan dibekalkan 2GB data LTE setiap bulan yang boleh digunakan dengan Telefon YES Altitude anda.
2. Tingkatkan Pengajaran dan Pembelajaran dengan menggunakan Frog VLE
a. Selain daripada menggunakan Frog VLE melalui laman sesawang yang ditetapkan, guru kini boleh menggunakan Frog VLE melalui Aplikasi Frog Mobile.
3. Membolehkan anda menikmati data LTE berkelajuan tinggi melalui komputer riba atau peranti lain.
a. Telefon YES Altitude membolehkan guru-guru menikmati internet LTE berkelajuan tinggi melalui komputer atau peranti lain hanya dengan menyambungkan peranti mereka
kepada data dari telefon Altitude.
1. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT TELEFON YES ALTITUDE SAYA?
Semua guru di sekolah-sekolah 1BestariNet 4G akan menerima telefon YES Altitude. Telefon akan diedarkan secara berperingkat mengikut negeri setelah pengesahan senarai guru oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Pengedaran peranti ini akan berlangsung dari November 2016 sehingga Disember 2017.
2. BOLEHKAN SAYA MEMBUAT PANGGILAN DAN SMS KE OPERATOR LAIN DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON YES ALTITUDE?
Tidak. Pelan Data Guru yang dibekalkan oleh KPM hanya membolehkan panggilan dan SMS kepada pengguna dalam rangkaian 1BestariNet sahaja. Panggilan telefon dan SMS ke operator lain memerlukan pembelian pelan talian komersial.

TETAPAN TELEFON YES ALTITUDE
1. SAYA BARU MENDAPAT TELEFON YES ALTITUDE. BAGAIMANAKAH UNTUK MENETAPKANNYA?
Untuk menetapkan telefon anda, sila tonton video di sini https://d.pr/300B
2. JIKA SAYA MEMERLUKAN BANTUAN BERKENAAN TELEFON YES ALTITUDE, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN? 
Rujuk halaman Soalan Lazim (https://www.yes.my/altitude#faq) di mana soalan-soalan lazim mengenai peranti telefon YES Altitude beserta jawapan boleh dirujuk sebagai bantuan. Jika anda masih lagi memerlukan bantuan mengenai peranti telefon YES Altitude, hantarkan emel anda ke yescare@yes.my atau hubungi Meja Bantuan YesCare di 018-333 0000 (caj panggilan tempatan dikenakan).
Waktu operasi Meja Bantuan YesCare adalah dari jam 8 pagi sehingga -11 malam setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti umum).
2. KEPADA SIAPAKAH PERLU SAYA LAPORKAN JIKA PERANTI ALTITUDE SAYA HILANG/ ROSAK?
Dalam kes di mana peranti anda rosak atau hilang, sila maklumkan Guru Besar/Pengetua sekolah anda supaya beliau boleh melaporkan kes itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) untuk tindakan selanjutnya. Peranti Altitude bukan kepunyaan KPM dan tidak perlu didaftarkan sebagai aset kerajaan. Segala kehilangan atas sebab kecuaian perlu diganti berdasarkan harga pasaran peranti tersebut.

APLIKASI FROG MOBILE 
APAKAH APLIKASI FROG MOBILE?
Aplikasi Frog Mobile adalah aplikasi mudah alih Frog VLE yang memungkinkan
pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lebih lancar untuk semua pengguna Frog VLE. Terdapat 3 Aplikasi Frog Mobile- Frog Assignments, Frog Chat dan Frog Snap.
● Frog Assignment membolehkan guru menghasilkan, memaparkan, melengkapkan dan menyemak tugasan pada bila-bila masa dan dimana sahaja
● Frog Snap membolehkan anda mengambil gambar dan video dan memuat naik terus ke Frog VLE
● Frog Chat berfungsi sebagai sebuah platform untuk guru-guru di seluruh negara berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain melalui perkongsian idea, imej, bahan dan pengalaman!
1. BAGAIMANAKAH UNTUK BERMULA?
Pada peranti YES Altitude (atau peranti YES), layari aplikasi “Google Playstore” dan cari Frog Assignments, Frog Snap dan Frog Chat. Setelah berjaya memuat turun aplikasi-aplikasi tersebut, log masuk menggunakan ID 1Bestarinet YES dan kata laluan anda. Klik pada butang Help pada aplikasi tersebut sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan.
2. JIKA SAYA TIDAK BOLEH MEMUAT TURUN APLIKASI FROG ATAU MENGHADAPI SEBARANG ISU, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
Hubungi Meja Bantuan yang sentiasa bersedia untuk membantu anda mengatasi masalah-masalah berkaitan Frog VLE dan sebarang pertanyaan umum. Hubungi kami di: 018-7998787 atau Emel kami di:  moesupport@ytlcomms.my (7 pagi – 10 malam, setiap hari Ahad hingga Jumaat termasuk Cuti Umum, kecuali Sabtu).
3. BAGAIMANAKAH UNTUK MENGGUNAKAN APLIKASI FROG MOBILE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
Ketahui dengan lebih lanjut di sini https://d.pr/300B

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...