Thursday 11 January 2018

Cara beradab menghormati guru
– Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah
– Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
– Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
– Mengucap salam setiap kali bertemu guru
– Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
– Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
– Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
– Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
– Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
– Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
– Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.
Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt . Sekian

Orang dewasa juga harus menghormati yang lebih muda darinya


Wednesday 10 January 2018

Larian Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Pedu



Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental ini bertujuan agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum dan juga memperatkan silaturahim diantara murid-murid dan guru-guru yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku.

Portal Video e-Guru





Portal Video e-Guru merupakan Inisiatif 94 PPPM 2013-2015. PEMBANGUNAN PORTAL DAN PERPUSTAKAAN VIDEO e-GURU.
Bahan video e-Guru diterbitkan khas untuk guru bagi tujuan membantu meningkatkan amalan profesionalisme dalam pengajaran di bilik darjah. Video e-Guru dihasilkan sebagai bahan media rujukan untuk perkongsian amalan pengajaran yang boleh dicontohi ke arah peningkatan kualiti PdP guru-guru di bilik darjah.
Kandungan video e-Guru adalah berdasarkan Aspek 4, SKPM 2010.
Portal video e-Guru boleh diakses melalui www.eduwebtv.com/eguru. Sehingga Jun 2016, terdapat sejumlah 315 video PdP di bilik darjah yang terdiri daripada 15 matapelajaran sekolah rendah dan menengah.

EduwebTV



EduwebTV merupakan portal yang mengandungi bahan video dan audio pendidikan yang boleh diakses melalui www.eduwebtv.com.
EduwebTV mempunyai 4 saluran, iaitu:
  • Saluran Kurikilum
  • Saluran Portal e-Guru
  • Saluran Ehwal Semasa
  • Saluran Portal Radio Pendidikan
Jumlah keseluruhan bahan di EduwebTV adalah 2,404 bahan video dan 401 bahan audio.
Saluran Kurikulum
Terdapat sejumlah 900 video rancangan berasaskan kurikulum di EduwebTV. Mata pelajaran yang sedia ada bagi sekolah rendah dan menengah adalah BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah, FIzik, Biologi, Linus dan Prasekolah.

Tuesday 2 January 2018

Pertandingan video pendek #MUHIBBAH


HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...