Sunday 24 February 2019

PROGRAM CAKNA,MOTIVASI IBU BAPA DAN MURID TAHUN 1 CEMERLANG HINGGA 6 CEMERLANG 2019

Pada hari khamis, 21 febuari 2019, satu ceramah motivasi telah diadakan bagi murid dan ibu bapa  di Dewan Sk Pedu. Program motivasi ini mendapat sambutan yang hangat dikalangan murid, ibu bapa dan guru-guru Sk Pedu yang turut hadir. Tujuan utama motivasi ini diadakan sebagai perangsang kepada ibu bapa dan murid-murid tahun 1 hingga 6 serta dapat juga memberikan gambaran kepada ibu bapa murid tentang pencapaian anak-anak mereka dimana perbincangan telah dijalankan untuk mencari satu formula kejayaan. Antara perkongsian oleh beliau ialah petua-petua mengulangkaji pelajaran, kaedah 'output learning', serta doa-doa yang perlu diamalkan oleh murid-murid serta banyak lagi yang membawa ke arah pembinaan murid yang cemerlang. Semoga segala pengisian dan perkongsian dalam motivasi ini dapat di manfaatkan dengan sepenuhnya.















Monday 18 February 2019

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dan Polis Diraja Malaysa (PDRM)

  TARIKH:18/02/2019

 1.       Saya amat bersyukur kerana program kerjasama strategik pelbagai pihak ini telah menggabungkan kepakaran dan tenaga antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pegawai Perhubungan Sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta seluruh warga pendidik yang berusaha untuk menjayakan program ini. Sememangnya ini bukanlah kali pertama kita mengadakan permuafakatan bersama bahkan hubungan erat antara kita telah sekian lama terjalin.
 2.        KPM berharap menerusi Program Jom Ke Sekolah akan mempertingkatkan kerjasama yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah. Program ini juga diharapkan dapat menghindari murid daripada ponteng sekolah, membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.       Asas pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang berfungsi di tengah-tengah setiap komuniti dan masyarakat. Saya telah menekankan dalam amanat tahun baharu yang lalu bahawa sekolah untuk komuniti dan universiti untuk masyarakat, maka sekolah sewajarnya menjadi tempat yang paling selamat dan menyeronokkan. Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM memberikan penekanan khusus kepada hala tuju mengembalikan cinta ke dalam pendidikan dengan memberi tumpuan kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta (love), kegembiraan (happiness) dan saling menghormati (mutual respect).Saya yakin bahawa sistem pendidikan yang berteraskan nilai ini mampu untuk melahirkan insan yang mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat dan akhirnya mencintai negara.

 4.       Sistem pendidikan negara kini telah memasuki Gelombang Kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan tekad dan azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang dihasratkan oleh para pemimpin negara. Saya yakin kerjasama dan permuafakatan bersama PDRM, komuniti, ibu bapa dengan pihak sekolah akan dapat mempertingkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah. Saya berharap Pegawai Perhubungan Sekolah dapat mengadakan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali agar dapat memberi nasihat dan  panduan  kepada  murid-murid  semasa  perhimpunan  di  sekolah. Pegawai Perhubungan Sekolah juga boleh menjadi sumber rujukan pihak sekolah berkaitan undang-undang dan salah laku disiplin.

5.       Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji.  Oleh itu, menerusi program ini, diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping berperanan sebagai guru disiplin seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 bahawa semua guru adalah guru disiplin.

 6.      Aspek kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan menyeluruh daripada segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan. Bagi menarik minat murid hadir ke sekolah, pendekatan sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa menarik dan berkesan. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan dengan konsep sekolah penyayang dan menangani isu keciciran murid bagi memastikan murid-murid gembira ke sekolah sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

 7.      KPM berusaha membentuk ekosistem pembelajaran abad ke-21 bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai melalui budaya sekolah, prasarana, pelibatan ibu bapa dan komuniti, guru yang profesional serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Saya yakin bahawa pentadbir sekolah yang berkesan akan berupaya menghasilkan  pembelajaran  yang  kondusif,  menyeronokkan,  memberi aspirasi dan inspirasi kepada murid untuk datang ke sekolah setiap hari dengan perasaan gembira, bersemangat dan seronok untuk belajar.

8.    Selain daripada itu, keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting. PPPM 2013-2025 memberi ruang dan menggalakkan pelibatan ibu bapa terlibat secara langsung dalam pembelajaran anak-anak sama ada di rumah atau di sekolah. Kita mempunyai   matlamat   untuk   melahirkan   generasi   cemerlang   yang merupakan modal insan terpuji agar dapat menjadi pemimpin pelapis negara suatu hari nanti. Saya ingin menegaskan bahawa kemenjadian murid merupakan perkara penting dalam mewujudkan generasi masa depan yang holistik dan seimbang. Sememangnya menjadi harapan kita semua agar pengetahuan  yang  diperoleh  murid  akan  membentuk  mereka  menjadi remaja yang lebih jelas dan fokus untuk menyumbang kepada pembinaan negara maju yang berwawasan.
  
9.    Bagi tujuan menyampaikan maklumat atau memberi informasi kepada sekolah dan pihak berkuasa polis melalui peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), KPM menggalakkan sekolah menyedia dan menggunakan‘Papan Kenyataan PPS’ di semua sekolah. Papan Kenyataan PPS ini dapat digunakan semaksimum mungkin oleh warga sekolah dan PPS sebagaimana yang dibuat pada papan notis masjid dalam Program 1Masjid 1Polis (1M1P). Menerusinya, diharapkan pihak berkepentingan dapat menyalurkan maklumat kepada pihak sekolah yang memuatkan informasi dan berita tentang kepolisan. Pihak sekolah juga perlu sentiasa prihatin dan mengambil tindakan yang bersesuaian dengan maklumat yang disalurkan.

 10.    Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat hadir ke sekolah serta  memberi  tumpuan  yang  sepenuhnya  kepada  pelajaran. Manfaatkanlah   segala   peluang  yang   ada  untuk   menimba   ilmu   dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk bakat dan mengasah daya kepimpinan kerana anda merupakan aset negara yang bernilai pada masa hadapan.  Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti ponteng, buli, penyalahgunaan dadah serta lain-lain gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan masa depan anak-anak sekalian. Sayangi diri, hormati ibu bapa, guru-guru dan komuniti anda. Berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya.



































Tuesday 12 February 2019

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD PADANG TERAP 2019

TARIKH : 11 HINGGA 13 FEBRUARI 2019
MASA     :9.00 PAGI
TEMPAT : GELANGGANG TERBUKA SMK NAKA

Tahniah kepada Regu Sepak Takraw SK Pedu kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Padang Terap telah dijalankan pada februari 2019 yang lalu bertempat di gelanggang terbuka smk naka.

Pasukan Sepak Takraw SK Pedu berjaya menjadi Naib Johan Kumpulan seterusnya melayakkan diri ke peringkat akhir.


Sunday 10 February 2019

WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN JUNIOR

BERTEMPAT DI TAPAK PERHIMPUNAN SK PEDU




























HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...