Thursday 9 August 2018

PERKHEMAHAN KOROBORI PKK KEDAH


KEDAH - Perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan (Zon Utara) dan Korobori Kali Ke-5 bagi 2018 memberi pendedahan awal terhadap
ilmu pengakap dalam kalangan pelajar sekolah.
Ia dilihat dapat membantu melahirkan modal insan berdisiplin tinggi serta berdaya saing yang penting  untuk masa depan negara.
Guru besar SK PEDU berkata, pengalaman serta ilmu asas yang penting melalui aktiviti perkhemahan wajar dimiliki mereka demi mencapai kecemerlangan dalam apa juga bidang pekerjaan.
Katanya, banyak aktiviti yang dijalankan melibatkan aspek fizikal dan kerohanian sekali gus menerapkan elemen positif dalam kalangan ahli Pengakap Kanak-Kanak (PKK).
“Ini diyakini akan membantu dalam melahirkan generasi muda yang berketerampilan dan berkeyakinan bagi membawa negara mencapai kejayaan lebih cemerlang dan gemilang,” katanya.
Menurutnya, beliau turut menyeru golongan pelajar agar meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, meningkatkan nilai  peribadi serta tidak terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.
Perkhemahan yang diadakan di Kem Paya Pahlawan di sini berlangsung selama empat hari bermula  26 Julai lalu.



















HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...