Sunday 5 August 2018

MERDEKA 2018



Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2018 telah dilancarkan secara rasmi. Sekolah-sekolah sudah boleh mula atur program Sambutan Hari Kebangsaan masing-masing dengan adanya maklumat-maklumat ini.

Tema Hari Kebangsaan 2018

Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku’. Tema ini dipilih bagi merai dan menaikkan lagi semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam era Malaysia Baharu ini, pastinya nilai penghargaan dan kasih sayang diperlukan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo Hari Kebangsaan tahun ini telah dicipta oleh Nik Zulkifli Nik Hitam menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

Maksud Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo ini membawa maksud warganegara yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara. Penggunaan warnanya pula adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

Lagu Hari Kebangsaan 2018

Selain logo, turut dilancarkan lagu bertemakan Hari Kebangsaan 2018 bertajuk Kita Punya Malaysia yang berentak pop dan dicipta penyanyi Sam Bunkface. Insha-Allah sedikit masa lagi saya kongsikan buku program.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...