Sunday 8 October 2017

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2017 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara.

Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan pada pautan tersebut https://moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-harian. Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah pada 2 Januari 2018 (Selasa). 
Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 8 Disember 2017 (Jumaat).
Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017
Unit Asrama
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WP Putrajaya

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...