Tuesday 13 November 2018

KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK "SAHABAT BIJAK :SAFE & PROTECT" PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH PADANG TERAP

Alhamdullilah, segala pujian dan syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana
dengan limpah dan Rahmat-Nya, kita dapat bertemu di Sekolah Kebangsaan
Pedu, Padang Terap ,Kedah  pada hari ini dalam MAJLIS PERASMIAN
KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK SAHABAT B.I.J.A.K. “SAFE AND
PROTECT”.
2. Terlebih dahulu sukacita saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan
terima kasih di atas usaha murni Jabatan Kebajikan Masyarakat Padang Terap untuk
meneruskan usaha melaksanakan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak - Sahabat
B.I.J.A.K “Safe And Protect”.
3. Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Kedah kerana meneruskan usaha melaksanakan kempen ini serta Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pedu, Padang Terap kerana memberi ruang kepada
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk
melaksanakan kempen ini untuk menyampaikan maklumat yang amat bermakna
demi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang berada di kawasan ini.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Padang Terap,IPD Kuala Nerang dan Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, Kuala Nerang di atas kerjasama dan penglibatan dalam program pada hari ini.

























HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...