SK PEDU merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih dalam Program
Sekolah Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Kohort 1 pada 2016.
Bertitik tolak dari inilah, pelbagai perubahan telah berlaku di sekolah ini dari
bidang pengurusan kerja pentadbiran sehingga bidang pembelajaran di dalam
kelas.
Pada 26 Februari 2020, sekolah ini telah menerima kunjungan Lawatan Kerja TOT TS25 dari Timbalan pengarah bahagian pendidikan guru(KPM).Objektif utama kunjungan ini untuk membuat penilaian status pelaksanaan TS25 di sekolah ini