Sunday, 22 July 2018

CERAMAH ANTI DADAH, ROKOK DAN AIDS OLEH PEJABAT KESIHATAN PADANG TERAP

Pada 19 JULAI 2018 (KHAMIS), SK PEDU telah mengadakan Ceramah Anti Dadah, Rokok dan Aids kepada murid-murid tahun 6. . Ceramah telah disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Padang Terap..
Seramai 88 murid tahun 6 SK PEDU telah mengikuti ceramah ini. Ceramah ini diadakan adalah bertujuan memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada murid-murid tentang bahayanya merokok dan dadah, melahirkan murid-murid yang benci merokok dan dadah dan membudayakan hidup sihat tanpa merokok dan dadah.















Monday, 16 July 2018

Pesta Buku Kedah 2018

PESTA BUKU KEDAH 2018 yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah bersama rakan kerjasama publisiti iaitu Bekazon & GRUP BUKU KARANGKRAF akan diadakan pada 25-29 Julai 2018 bertempat di Village Shopping Mall Sg Petani, Kedah.
Pelbagai aktiviti & acara yang berkaitan Animasi, Kartun & Komik bakal diadakan.

Sunday, 15 July 2018

Tahniah Kepada Murid Sk Pedu




Tahniah kepada pelajar Mohammad Sufi Izuddin Bin Abdul Rahim tahun 5 kerana mendapat tempat
ketiga  KHALIFAH JUNIOR peringkat kebangsaan.

Tuesday, 10 July 2018

Latihan Kebakaran Kawasan Sekolah


Latihan kebakaran adalah aktiviti tahunan Sekolah Kebangsaan Pedu (Sk Pedu) dan PIBG dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Padang Terap.

Guru besarnya, Rahmah Binti Che Nas, latihan itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pencegahan kebakaran.

Menurutnya, ketika sesi latihan berlangsung, ahli jawatankuasa latihan akan memastikan semua murid telah berkumpul di padang sekolah.

Manakala guru kelas pula mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal di dalam kelas.
“Latihan ini perlu bagi murid dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.       

Selain itu untuk memberi maklumat kaedah mengawal kebakaran dan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran.

Dalam latihan itu, anggota bomba menunjukkan teknik memadam kebakaran api dengan kaedah yang betul menggunakan alat pemadam api.

Guru dan murid juga diberi peluang mencuba memadam api menggunakan alat pemadam api serta berpeluang untuk mengenal lebih dekat jentera serta peralatan kebombaan bagi tugas tugas melawan kebakaran.

latihan tersebut  dapat memenuhi sasaran jabatan bomba dalam memastikan setiap sekolah terhindar daripada bahaya kebakaran.


















Sunday, 3 June 2018

ANUGERAH PKK PENGAKAP PERINGKAT NEGERI KEDAH


TAHNIAH KEPADA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN PEDU
TEMPAT KETIGA TILAWAH AL-QURAN DI KEM IBADAT PKK PENGAKAP NEGERI KEDAH

Majlis ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh:   1 & 2 Jun 2018
Tempat : SK Jabi,  Pokok Sena,  Kedah
Masa Pendaftaran : 10.00 pg - 12.00 tgh. 
Pertandingan:
    1. Tilawah Al-Quran PKK,  PM & PR
    2. Nasyid PKK,  PM & PR
    3. Azan PKK Lelaki sahaja

Monday, 28 May 2018

Anugerah Kehadiran Murid Bulan April 2018


Tahniah kepada murid murid yang telah mendapat anugerah kehadiran bulan april 2018

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...