Wednesday, 9 January 2019

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI PELAJAR

Menjaga kebersihan mulut dan gigi

Program kesihatan gigi di sekolah


RAWATAN pergigian merupakan sebahagian daripada penjagaan kesihatan yang penting dalam kehidupan setiap individu.
Aspek penjagaan gigi berkait rapat dengan pendidikan awal untuk menerap kan tabiat baik serta membentuk sikap positif kepada penjagaan kesihatan terutama melibatkan pelajar di sekolah di negara ini.
Inisiatif Kementerian Pendidikan dengan usaha sama Kementerian Kesihatan dalam menyediakan kemudahan Program Klinik Sekolah bertepatan dengan usaha kerajaan memberi pendidikan awal kesihatan kepada pelajar yang holistik.
Program Klinik Sekolah yang menyediakan kemudahan kesihatan bagi murid prasekolah hingga sekolah menengah mampu mendidik tentang penjagaan oral yang berkesan.













AGIHAN ZAKAT SEKOLAH

Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib.
Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.

Hikmah Disyariatkan Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.



Wednesday, 2 January 2019

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

Sek Keb Pedu telah mengambil beberapa langkah untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan murid di sekolah. Langkah-langkah tersebut berkait rapat antara satu sama lain. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk mendidik serta melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin dan memiliki jati diri yang tinggi. Ibu bapa pula hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya dalam usaha melahirkan anak-anak yang bersahsiah tinggi. Sesungguhnya usaha ini diharapkan dapat memupuk budaya penyayang dalam kalangan murid di sekolah ke arah mencipta kecemarlangan sekali gus melahirkan modal insan yang mulia dan terbilang








Tuesday, 1 January 2019

SESI PERSEKOLAHAN 2019








Sunday, 30 December 2018

PENDAFTARAN TAHUN 1 2019

Hari Orientasi Murid Tahun 1 ini telah diadakan pada 27 DISEMBER 2018 bersamaan hari KHAMIS, bermula jam 7.30 pagi (pendaftaran) dan tamat sekitar 1.00 petang. Taklimat khas untuk ibu bapa diadakan di kantin sekolah.











SUMBANGAN PINK SQUAD

SK PEDU bersyukur kepada Allah dan berasa gembira di atas kehadiran dan sokongan tuan/puan terhadap program yang dianjurkan oleh PINK SQUAD.Majlis pada hari ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada pelajar sekolah.


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِلَّهِ إِن كُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ ١٧٢ 

172. Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.

ALHAMDULILLAH

TERIMA KASIH PINK SQUAD

























HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...