Sunday 3 March 2019

Speaker’s Corner Sk Pedu

Sudut Pidato atau padanannya dalam bahasa Inggeris ialah Speaker’s Corner, bermaksud suatu kawasan khas yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam. Sudut Pidato yang asal dan terkenal terletaknya di sudut timur laut Taman Hyde di London, England.

Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Ruiz KPM.100-1/7/2 Jld. 5 (30) bertarikh 6 Jun 2018. Setiap sekolah diarahkan untuk mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di sekolah masing-masing. Hal ini adalah untuk merealisasikan aspirasi murid menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015, Kementerian Pendidikan Malaysia.Setiap sekolah perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk pengucapan awam sebagai salah satu kemahiran yang perlu digilap dalam kalangan murid-murid sekolah.
Pihak sekolah perlu mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) bagi memastikan murid dilatih dengan kemahiran pengucapan awam. Aktiviti ini boleh dijalankan menggunakan Bahasa Melayu atau juga Bahasa Inggeris. Sudut ini hendaklah dimanfaatkan secara optimum. Waktu penggunaannya mungkin boleh dilaksanakan sama ada semasa waktu rehat, aktiviti kokurikulum dan program-program khas berdasarkan perancangan dan kesesuaian pihak sekolah.






HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...