Monday, 6 August 2018

KEJAYAAN MURID PRA SEKOLAH



Pada OGOS 2018, satu sukan telah dijalankan di Daerah Padang Terap. dengan penglibatan murid Pra Sekolah. Sukan tersebut telah menyediakan beberapa pertandingan yang menarik bagi murid-murid Pra Sekolah. Semua guru dan murid turun padang untuk memberi sorakan semangat bagi menyokong mruid-mruid yang bertanding dalam sukan itu. Warga SKPEDU mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada guru, ppm dan murid yang terlibat.

UJIAN SEGAK



SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"

Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.

Konstruk yang diukur:
  • Perkembangan fizikal murid
  • Kecergasan
  • Senaman

Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK:
  • Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun.
  • Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah.
  • Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan.
  • Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama. 
  • Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang Rekod SEGAK seperti dilampiran A mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
  • Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam Sistem Pengurusan Sekolah mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
  • Pelaporan ujian SEGAK dicetak oleh Guru Pendidikan Jasmani dari aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah.
Keselamatan mengendali Ujian SEGAK:

1.Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a)disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasanfizikal;
(b)mengidap penyakit kronik; dan
(c)tidak sihat pada waktu ujian.

2.Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.

3.Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.

4.Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.

5.Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.

6.Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.


Komponen Kecergasan

Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu; 
  • Komposisi badan 
  • Daya tahan kardiovaskular 
  • Daya tahan otot 
  • Kekuatan otot 
  • Kelenturan

Item Bateri Ujian

  1. Indeks jisim badan 
  2. Naik turun bangku 
  3. Tekan tubi 
  4. Ringkuk tubi separa 
  5. Jangkauan Melunjur


Ujian Indeks Jisim Badan

Nama Ujian:
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)

Tujuan:
Menilai komposisi badan

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:
  1. Pengukur tinggi
  2. Penimbang berat
  3. Borang skor

Pengurusan dan organisasi:
Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:

  1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.

  1. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:



Indeks Jisim Badan  =         Berat badan (kg)
                                       Tinggi (m) x  Tinggi (m)

Sunday, 5 August 2018

PROGRAM PPDa


TARIKH : 05 ogos 2018
MASA : 7.45 – 8.30 pagi
LOKASI : Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Pedu
PESERTA : Pelajar Sekolah Rendah
PROGRAM : Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsaan Pedu

TUJUAN
Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah terutama di kawasan penempatan pelajar.








MERDEKA 2018



Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2018 telah dilancarkan secara rasmi. Sekolah-sekolah sudah boleh mula atur program Sambutan Hari Kebangsaan masing-masing dengan adanya maklumat-maklumat ini.

Tema Hari Kebangsaan 2018

Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku’. Tema ini dipilih bagi merai dan menaikkan lagi semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam era Malaysia Baharu ini, pastinya nilai penghargaan dan kasih sayang diperlukan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo Hari Kebangsaan tahun ini telah dicipta oleh Nik Zulkifli Nik Hitam menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

Maksud Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo ini membawa maksud warganegara yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara. Penggunaan warnanya pula adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

Lagu Hari Kebangsaan 2018

Selain logo, turut dilancarkan lagu bertemakan Hari Kebangsaan 2018 bertajuk Kita Punya Malaysia yang berentak pop dan dicipta penyanyi Sam Bunkface. Insha-Allah sedikit masa lagi saya kongsikan buku program.

Thursday, 2 August 2018

MOTIVASI IBU BAPA DAN PELAJAR SIAM

Pihak sekolah telah mengadakan program Motivasi untuk ibu bapa dan pelajar Siam Sekolah Kebangsaan Pedu.program itu berlangsung pada hari selasa 31/07/2018.Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat atau kejayaan. Motivasi juga boleh dikatakan sebagai ransangan untuk mengelakkan diri daripada berlakunya kegagalan. Seseorang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama adadi dunia mahupun akhirat kelak. Motivasi berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘movere’yang membawa maksud ‘to move’ atau untuk bergerak. Perkataan-perkataan yang seringdigunakan berkaitan motivasi ialah dorongan, penentu dorongan, minat, keperluan motif sedar dan motif tidak sedar, minat intrinsik dan ekstrinsik, insentif dan kehendak atau keinginan.Banyak ahli psikologi telah mengemukakan pendapat masing-masing mengenai pengertian motivasi. Tetapi, secara keseluruhannya motivasi membawa maksud yang sama iaitu merupakan suatu pendorong yang mengubah tenaga dalam diri seseorang individu kedalam bentuk aktiviti yang nyata bagi mencapai maksud tertentu.


















Sunday, 29 July 2018

KUNJUNGAN BAS PINTAR

PINTAR - singkatan kepada Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility adalah program sekolah angkat untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah luar bandar. Sejak dilancarkan, PINTAR telah melaksanakan banyak aktiviti untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah di bawah program ini.

Kunjungan bas PINTAR adalah suatu usaha untuk mempromosikan teknologi dan dunia tanpa sempadan terutama pada pelajar-pelajar luar bandar. Oleh itu, pada hari ahad 29/07/2018, murid-murid SK PEDU berpeluang menyaksikan dan melawat bas PINTAR ini. Antara tarikan utama yang terdapat di dalam bas ini ialah alatan muzik daripada alam semulajadi, penjagaan makanan dan sebagainya. Murid-murid dan guru-guru tidak melepaskan peluang mencuba simulator tersebut.

Diharapkan agar semua pelajar mendapat manfaat daripada lawatan ke atas bas tersebut.


















HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Pelbagai gelagat pelajar menghiasi hari pertama persekolahan sesi 2020 di Sekolah Kebangsaan Pedu,Guru Besar, Abdul Halim Bin Omar berkata...